Propellerads

Sultan Harapkan Umno Untuk Satukan Melayu - TPM Ahmad Zahid Hamidi

Sultan Harapkan Umno Untuk Satukan Melayu - TPM Ahmad Zahid


Daripada pertemuan dengan Sultan Johor, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya pihak istana berpendapat hanya Umno boleh menyatukan Melayu.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada perwakilan dalam mesyuarat tahunan Umno Kota Tinggi yang berlangsung baru-baru ini.

Namun, TPM Ahmad Zahid menyatakan, Sultan Ibrahim  tidak menyatakan perkara itu dalam bentuk kata-kata.

Ini komennya:

"Saya percaya sultan berpendapat hanya Umno boleh menyatukan Melayu.

"Sultan Ibrahim mengingatkan saya bahawa Umno dilahirkan di Istana Johor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor tidak mahu campur tangan dalam politik namun baginda berharap orang Melayu kekal bersatu.

"Baginda sultan berharap Melayu boleh kekal bersatu.

"Walaupun baginda tidak menyatakannya, saya yakin baginda mengharapkan Umno untuk menyatupadukan orang Melayu," 

Ahmad Zahid berada di Johor untuk merasmikan mesyuarat perwakilan dan juga telah menghadap Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim.

Sumber: MalaysiaKini
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment