Propellerads

Tiga Sebab Kenapa PM Najib Terima Dana RM2.6 Bilion - TPM

Timbalan Perdana Menteri Dedah 3 Sebab PM Najib Terima Dana RM2.6 Bilion


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu sebenarnya ada 3 sebab menjadi punca penyumbang berkenaan menyalurkan 'dana khas' sebanyak RM 2.6 bilion untuk Malaysia.



Timbalan Perdana Menteri yang baru ini berkata sebab pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.

Ini komennya: (Sinarharian)

" Malayisa yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis), serta keganasan lain."

"Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar."

"Yang ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum,"

“Bukan kita sahaja yang menerima dana seperti ini, malah terdapat dua atau tiga negara lain yang menerima sumbangan secara peribadi daripada penyumbang Arab Saudi ini.

“Saya berharap dengan penjelasan ini semua peringkat termasuklah dari peringkat akar umbi dapat mengelakkan tuduhan yang berunsur fitnah dan penerangan ini cukup jelas serta tidak perlu lagi dipanjangkan,”

Itulah pendedahan dari Timbalan Perdana Menteri yang baru ini.

Ini kesimpulannya:
1) Tegas menentang dan melawan pengganas terutama ISIS
2) Umno yang diterajui PM Najib perjuangkan Islam
3) Malaysia negara Islam sederhana yang jalankan hukum Islam
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment