Propellerads

Dakwaan Tengku Amir Murtad: Rahim Thamby Chik Mohon Maaf Kepada Istana Selangor

Dakwaan Tengku Amir Murtad: Rahim Thamby Chik Mohon Maaf Kepada Istana Selangor


Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik telah memohon maaf kepada Istana Selangor berhubung status yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menganut agama Kristian (Katolik) dimuat naik menerusi laman Twitter dan Facebook miliknya.

Malah, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Selangor (Gabem), turut mengakui berita tersebut diambil daripada sebuah laman web tidak berasas.

Ini komenya:

"Merujuk kepada status saya di Twitter dan Facebook mengenai dakwaan Raja Muda Selangor memeluk agama Katolik, saya mengakui ia dari sebuah laman web tidak berasas.

"Saya memohon maaf di atas ketidakselesaan Raja Muda Selangor dan Istana Selangor disebabkan status tersebut," 

Ini status FBnya dalam bahasa Inggeris:

With regards to my postings on Twitter and Facebook on the matter of DYTM Raja Muda Selangor converting to catholitism, I admit this was from an unsubstantiated website. I sincerely apologise for any inconveniences and distress it may have caused DYTM Raja Muda Selangor and Istana Selangor.

Dakwaan isu Raja Muda murtad telah dinafikan Istana Selangor dan disifatkan sebagai tidak berasas dan fitnah.

Pihak Istana turut membuat dua laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam berhubung berita palsu tersebut.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan setiausaha sulit putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang Isnin.

Menurut dua laporan berkenaan, kedua-dua pengadu berkata, mereka menjumpai status yang dikeluarkan oleh seorang pengguna menggunakan nama "Rahim Tambychik".

Sumber: mStar
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment