Propellerads

Khir Toyo Dipenjara 12 Bulan

Khir Toyo Dipenjara 12 Bulan


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan setelah mahkamah menolak rayuannya untuk membuat khidmat masyarakat rawatan gigi percuma.

Khir Toyo akan menjalani hukuman penjara 12 bulan di Penjara Kajang selepas beliau gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata hukuman penjara itu sesuai dan wajar bagi kesalahan  itu.

Ini kata hakim:

"Rasuah dalam semua cara dan bentuk tidak boleh dibiarkan. Hukuman denda tidak dapat menghantar mesej itu.

"Begitu juga dengan program khidmat masyarakat. Dalam apa-apa keadaan, khidmat masyarakat adalah opsyen hanya untuk kes pesalah muda mengikut Seksyen 293 Kanun Acara Jenayah, khidmat masyarakat bagi kes ini tidak terpakai kepada perayu (Dr Mohamad Khir)," 

"Perayu telah mempergunakan kedudukannya. Satu daripada tujuan Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah untuk mencegah rasuah seumpama itu," 

Hakim tersebut berkata kesalahan itu, yang telah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, bukan perkara kecil dan penjara setahun, yang tidak dirayu oleh pihak pendakwa raya, tidak terlalu berat.

Selepas keputusan itu, Khir Toyo kelihatan tenang sebelum dibawa ke lokap mahkamah.

Isteri Khir Toyo juga kelihatan tenang, mengiringi suaminya ke lokap mahkamah sebelum suaminya dihantar ke Penjara Kajang dengan kereta polis petang tadi.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment