Propellerads

Ekonomi Malaysia Akan Pulih Jika PM Najib Disingkirkan - Tun Mahathir

Ekonomi Malaysia Akan Pulih Jika PM Najib Disingkirkan - Tun Mahathir


Kegawatan ekonomi Malaysia yang amat teruk dan juga penyusutan nilai ringgit hanya akan dapat dipulihkan jika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, sekiranya PM Najib berhenti dari menjadi Perdana Menteri perkara ini akan beransur pulih.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia terus mendesak Najib untuk meletak jawatannya itu. Dr Mahathir juga menggesa rakyat negara ini menuntut PM Najib untuk membenarkan dirinya disiasat oleh badan bebas.

Ini komen Tun M:

"Hanya melalui penamatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia keadaan ekonomi akan pulih, nilai ringgit kembali naik dan kos sara hidup turun.

"Hanya selepas penyingkirannya Malaysia kembali gah," 

"Najib mesti membenarkan proses perundangan diteruskan. Jika didapati dia melakukan perkara haram, dia mesti meletak jawatan,"

"Saya bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia. Tetapi kini saya mahu dia disingkirkan, berundur daripada menjadi perdana menteri.

"Ia bukan sebab peribadi, tetapi sebaliknya kerana dia gagal teruk sebagai perdana menteri. Saya sedar awal kesalahan-kesalahan yang dilakukannya," 


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment