Propellerads

Punca Khairuddin Dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur

Punca Khairuddin Dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur


Datuk Seri Kahiruddin Abu Hassan yang ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Somsa) dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur. Khairuddin sebelum ini ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti yang mengkhianati negara.

Peguam beliau, Matthias Chang berkata Khairuddin mengalami demam panas dan beliau mungkin menghidap demam denggi.

Ini komen Matthias Chang:

"Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur hari ini. Dia disyaki mengalami denggi," 

"Pegawai itu akan memaklumkan sama ada saya dan isteri Khairuddin (Datin Seri Umi Aida Rahmad) dibenarkan melawat," 

Dikhabarkan pengawai yang bertanggungjawab menyiasat kes Kharuddin akan menghubunginya semula hari ini atau esok.

Untuk pengetahuan, Akta Somsa membolehkan polis menahan individu sehingga 29 hari tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.

Sebelum ini, Khairuddin telah membuat laporan polis di Switzerland, London, New York, Singapura dan Hong Kong berhubung skandal 1MDB.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment