Propellerads

Agihan Tak Adil - Tan Sri Annuar Musa

Agihan Tak Adil - Tan Sri Annuar Musa


Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa kecewa dengan sikap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung pengagihan kutipan final Piala FA.

Menerusi satu status di laman sosial Facebook milik Tan Sri Annuar melahirkan rasa kecewa apabila hadiah Piala FA bukan saja tidak bertambah, malah semakin kecil.

Difahamkan dari RM3 juta menerusi kutipan tiket (belum termasuk kutipan tajaan/hak penyiaran dan lain-lain), Kelantan hanya dapat RM600,000.

Walaupun pasukan Kelantan (The Red Warriors) dikatakan yang membantu menjual 90 peratus tiket namun hanya mendapat sejumlah kecil selepas semua pihak lain mendapat bahagian mereka.

Tan Sri Annuar juga mengatakan FAM sendiri sudah ‘balun’ RM1 juta atas nama levi dan lain-lain.

Dan yang lebih mendukacitakan pasukan Singapura diberikan jumlah yang besar sedangkan menerusi MoU (perjanjian persefahaman) FAM-FAS.

Jelas Annuar, setiap kali final, Kelantan membelanjakan beratus-ratus ribu ringgit manakala Singapura tidak berbuat apa-apa untuk menjayakan final.

Ini pula status asal dari Tan Sri Annuar Musa:


Sekali lagi saya terpaksa lahirkan dukacita dan kesal saya dgn sikap FAM.Kali ini berhubung pembahagian kutipan PIALA FA.Hadiah FA CUP bukan saja tidak bertambah malah semakin kecil.

Dari RM3j kutipan tiket(belum termasuk kutipan tajaan/tv right dll)Kelantan hanya dapat RM600k..Kelantan yg membantu menjual 90peratus tiket hanya dpt sejumlah selepas semua pihak lain mendapat bhg mereka..FAM Sendiri awal awal balun rm1j atas nama levi dll..

Yg lebih mendukacitakan SPORE di berikan jumlah yg besar SEDANGKAN DLM MOU FAM-FAS team spore sbg team jemputan TIDAK SEPATUTNYA MENERIMA PRIZE MONEY kecuali token shj..

Bagi kelantan setiap kali final beratus ribu terpaksa di belanjakan manakala spore tidak berbuat apa apa utk menjayakan FINAL..apa pun ISU UTAMA ialah kenapa FAM memperkudakan AHLI GABUNGAN SENDIRI?...

KENAPA FAM BUAT FORMULA AGIHAN TANPA PERSETUJUAN STAKE HOLDERS?..kenapa FAM TIDAK TELUS DLM KIRA KIRA MEREKA..APAKAH KERANA FAM KEBAL DAN SUDAH JADI BUDAYA KETIDAK PEDULIAN PADA GABUNGANNYA SENDIRI?...

Dengan segala KEJENGKELAN dlm FAM MEREKA MASIH BOLEH BERTEBAL MUKA UTK DUDUK DAN TERUS MENGHANCURKAN BOLASEPAK MSIA....

Sumber: Facebook Tan Sri Annuar Musa
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment