Propellerads

Kebakaran Gunung Di Indonesia Sukar Dikawal

Kebakaran Hutan Gunung Di Indonesia Sukar Dikawal


Kebakaran besar melibatkan hutan di Gunung Berapi Lokon yang terbakar sejak Rabu lalu masih dalam usaha untuk dipadamkan.

Sehingga kelmarin, kebakaran di kawasan itu memusnahkan lebih 100 hektar hutan dan masih lagi terbakar etruk.

Kebakaran dipercayai berpunca dari ladang milik penduduk di kaki gunung itu sebelum merebak sehingga ke puncak.

Memang jelas kelihatan api besar yang marak di gunung itu dan boleh dilihat dari jauh serta mengeluarkan asap yang amat tebal.

Gunung Lokon sememangnya masih aktif dan kini diletakkan pada status berjaga-jaga yang bermakna letusan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Sehingga kini lebih dari seratus anggota pemadam api termasuk askar Indonesia dan aktivis alam sekitar membantu memadamkan api di gunung itu.

Kawasan kaki gunung itu sebelum ini sering terbakar terutama ketika musim kemarau tetapi bencana kali ini dianggap paling buruk.

Bunyi pokok dan rumput kering yang terbakar boleh didengar sejauh lima kilometer.

Sumber- Agensi

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment