Propellerads

Sekolah Ditutup Esok Ekoran Jerebu Catat Paras Tidak Sihat

Sekolah Ditutup Esok Ekoran Jerebu Catat Paras Tidak Sihat


Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan beebrapa sekolah ditutup ekoran bacaan paras jerebu menunjukkan paras tidak sihat.

Sekolah yang diarahkan ditutup ialah semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan dua daerah di Sarawak (Sri Aman dan Samarahan).

Ini kenyataannya:

"Berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi IPU pada hari ini (27 September) mendapati beberapa negeri dan bahagian menunjukkan bacaan IPU tidak sihat dan sangat tidak sihat. 

"Pihak Jabatan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri dan bahagian berkenaan hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera," 

Setakat jam 11 pagi tadi, sebanyak lima kawasan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat.

Shah Alam (281)
Batu Muda (256)
Pelabuhan Klang (252)
Petaling Jaya (232)
Putrajaya (206)

Sementara itu, sebanyak 13 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat manakala 26 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana.

IPU
-0 dan 50 dikategorikan baik,
-51 hingga 100 adalah sederhana,
-101 hingga 200 tidak sihat,
-201 hingga 300 sangat tidak sihat dan
-300 ke atas berbahaya.


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment