Fikiran Tun Mahathir Dijajah Pembangkang - Pengerusi NGO
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa pemikiran Tun Mahathir Mohamed sudah dijajah pembangkang
Ini jelas kerana bekas perdana menteri ini menyertai perhimpunan BERSIH 4 di ibu kota hujung bulan lalu.
Datuk Jamal juga berkata berkata pemikiran orang Melayu turut dijajah ekoran perhimpunan BERSIH yang majoritinya dihadiri kaum Cina.
Ini komen Jamal:
"(Sebanyak) 90 peratus yang hadir dalam BERSIH adalah Cina DAP dan ia mengambarkan perhimpunan tersebut dianjurkan oleh orang Cina DAP."
"Jadi, pemikiran bangsa lain termasuk orang Melayu telah dijajah termasuk Tun M kerana hadir BERSIH,"
"Dia ada sesuatu benda yang dia nak, sebab itu dia hadir BERSIH. Dia akan lakukan apa sahaja asalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat digulingkan. Itu cara psikologi Tun Mahathir,"
Datuk Jamal membuat kenyataan berkenaan ketika dalam satu sidang media di Kelab Raja Sulaiman Kampung Baru.
Beliau yang juga ketua Umno Sungai Besar berkata kehadiran Tun M hanya mengambil kesempatan dalam perhimpunan BERSIH demi kepentingan peribadinya.
Blogger Comment
Facebook Comment