Muhyiddin Tidak Akan Jejaskan Umno
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menjejaskan parti itu.
Ini sekaligus akan menguatkan lagi parti Umno untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Perkara tersebut diakui sendiri oleh ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Tajuddin juga berkata mesyuarat Majlis Tertinggi sebulat suara untuk mengukuhkan parti dan merapatkan hubungan antara pimpinan Umno.
Dalam pada itu, Tajuddin juga berkata mesyuarat parti itu hari ini memberi peluang kepada semua ahli MT Umno untuk memberikan pandangan untuk mengukuhkan parti.
"Timbalan Presiden kata dia menyokong parti dan kepimpinan untuk kita hadapi pilihan raya.
"Dia tidak akan melakukan apa-apa yang menjejaskan parti, itu jaminan dia,"
"Mana boleh (penyingkiran), kita sekarang sudah bersatu teguh, bercerai roboh. Kita memang sudah berbaik (dengan Muhyiddin) dari dulu lagi, dulu kini dan selamanya.
"Presiden kata kita nak merapatkan hubungan sesama kita, sebab kita ada perkara penting bagi hadapi pilihan raya akan datang, semuanya (mesyuarat) ok, tiada masalah (suasana) kami terbuka,"
Sumber: Sinarharian
Blogger Comment
Facebook Comment