Propellerads

Filem Polis Evo Catat Sejarah, Kutipan Tertinggi Tahun Ini

Filem Polis Evo Catat Sejarah, Kutipan Tertinggi Tahun Ini


Filem Polis Evo catat sejarah apabila berjaya mencatatkan kutipan tertinggi bagi filem tempatan pada tahun ini, 2015.

Filem aksi komedi ini berjaya meraih kutipan RM8juta selepas 11 hari tayangan di pawangan di seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem ini masih ditayangkan di pawagam berhampiran. Ianya merupakan hasil karya tiga anak muda tempatan iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwani Ashraf dan mendapat sentuhan dari pengarah hebat, Ghaz Abu Bakar.

Ini komen dari wakil Astro Shaw:

"Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas di carta filem melayu terlaris untuk tahun ini,"

Filem Polis Evo ini dibintangi tiga bintang popular Malaysia iaitu Zizan Razak, Shaheizy Sam dan pelakon jelita Nora Danish.

Pelakon sampingan pula ialah Pablo Amirul, Wan Hanafi Su, Mimie Ernida, Amerul Affendi, Allahyarham Harun Salim Bachik dan Eyka Farhana.

Tahniah buat Polis Evo.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment