Propellerads

Khairy Jamaluddin Ingatkan Duta China Jangan Campuri Urusan Malaysia

Khairy Jamaluddin Ingatkan Duta China Jangan Campuri Urusan Malaysia


Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Belia Dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) meminta pihak luar agar tidak mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Ini merujuk kepada kenyataan yang dibuat duta dari negara China yang boleh ditafsirkan sebagai mencampuri urusan negara.  

KJ melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan dari pihak duta China dan memberi peringatan agar tidak masuk campur.

Ini komen KJ:

"Walau apapun yang berlaku di Malaysia, kita (kerajaan) yang akan selesaikan dan bukan tempat beliau untuk ambil tindakan dan keluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan mencampuri urusan negara kita," 

"Kita harus memberikan kepercayaan kepada Wisma Putra untuk buat sebarang keputusan sebab mereka yang mengendalikan soal diplomasi.

"Tapi kita kena hantar isyarat kepada negara-negara lain bahawa apa sahaja yang berlaku di Malaysia adalah urusan kita. 

"Jangan sampai kita nak jaga hati negara-negara besar disebabkan kepentingan ekonomi dan sebagainya, sampai kita dah hilang maruah tak boleh nak tegur apabila mereka menyalahi norma diplomasi," 

Sumber; Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment