Propellerads

Gaji Pembantu Rumah Filipina Di Malaysia Kini RM 1,700

Gaji Pembantu Rumah Filipina Di Malaysia Kini RM 1,700


Kadar gaji minima sebanyak AS$400 untuk pembantu rumah warga Filipina perlu dipatuhi, tanpa mengira nilai pertukaran mata wang.

Ini di nyatakan dan ditegaskan oleh Duta Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya. Beliau berkata majikan pembantu rumah warga Filipina dikehendaki membayar jumlah yang ditetapkan walaupun matawang Malaysia jatuh.

Ini komennya:

"Adalah tidak adil sekiranya rakyat kami mendapat gaji rendah di sini (Malaysia). Gaji minima untuk pembantu rumah warga Filipina ditetapkan sebanyak AS$400 sebulan di mana sahaja," 

"Sebelum ini, majikan Malaysia hanya membayar RM1,200. Kini mereka terpaksa membelanjakan kira-kira RM1,700," 

Eduardo berkata majikan di Malaysia terpaksa membelanjakan wang gaji mahal sedikit berbanding biasa kerana gaji minima dalam USD ialah AS$400.

Beliau menambah kedutaan Filipina telah memaklumkan kepada agensi buruh di Malaysia supaya mematuhi had gaji minima tersebut.

Sumber: mStar
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment