Propellerads

Tragedi Rempuhan Mina : Seorang Jemaah Malaysia Disahkan Terkorban

Tragedi Rempuhan Mina : Seorang Jemaah Malaysia Disahkan Terkorban


Seorang jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam insiden rempuhan di Mina pada 10 Zulhijjah (24 September) lepas setelah dipercayai tersasar ke kawasan kejadian.

Jemaah haji berkenaan ialah Zulkifly Samad yang berumur 50 tahun dan beralamat di Taman Ukay Bistari, Ampang, Selangor.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Tabung Haji (TH) pada mulanya mengatakan tiada jemaah dari Malaysia yang terkorban dalam insiden itu.

Namun pada kira-kira 11 malam (waktu Arab Saudi) hari kejadian itu, isteri Zulkifly, Suriahanim Abd Hamid, telah membuat laporan kepada TH bahawa suaminya tidak pulang ke khemahnya.

Suriahanim menngatakan bahawa suaminya tidak bersama-sama dengan jemaah Malaysia TH dari Muzdalifah kerana mahu berjalan kaki ke Mina sebagai mengikut Sunnah Rasullulah.

Panggilan telefon terakhir yang dibuatnya kepada Zulkifly ialah pada 7.15 pagi, 10 Zulhijjah dan suaminya memaklumkan bahawa beliau selamat tiba di Mina dengan jemaah negara-negara lain dari Muzdalifah.

Selepas menerima aduan dari Suriahanim, para petugas TH memulakan usaha mencari Zulkifly di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan di Mina.

Ini kenyataan Asyraf Wajdi:

"Pada 1.30 tengah hari tadi, pasukan perubatan TH melakukan tinjauan di rumah mayat Muaissem di mana mereka telah menemukan satu jenazah sempurna rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu," 

"Pihak Tabung Haji mengesahkan bahawa jenazah itu ialah Zulkifly Samad," 

Pasukan perubatan TH telah mengesahkan identiti jenazah itu berdasarkan identifikasi yang terdapat pada tubuhnya, kata Asyraf Wajdi.

Seramai 717 jemaah haji dikatakan maut dalam kejadian rempuhan itu yang berlaku di Mina itu.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment