Propellerads

Hujah Ketua Polis Negara Lucu - Ahli Parlimen, Datuk Mahfuz

Hujah Ketua Polis Negara Lucu - Ahli Parlimen, Datuk Mahfuz


Kenyataan dari Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dianggap lucu oleh Daruk Mahfuz..

Datuk Mahfuz Omar yang merupakan ahli parlimen berkata, alasan dan hujah yang diberikan Khalid mengenai penahanan Khairuddin tidak berlandaskan prinsip undang-undang di Malaysia.

Bagi Mahfuz, Khalid gagal memberi kenyataan khusus berhubung peruntukan undang-undang yang telah dilanggar Khairuddin.

Ini komennya:

"Alasan dan hujah kabur dan umum yang diberikan oleh ketua polis negara ini jelas sama sekali tidak berlandaskan prinsip undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia bahkan juga saling tak tumpah dengan hujah-hujah yang biasa kita dengar dari ahli-ahli politik Umno.

"Alasan kononnya tindakan Khairuddin membuat aduan tersebut boleh mengundang campur tangan asing juga satu alasan yang sangat melucukan.

"Malaysia sendiri melalui PDRM pernah meminta kerjasama Interpol (polis antarabangsa) untuk menahan orang yang melakukan kesalahan di Malaysia yang berada di luar negara," 

Mahfuz juga memberi contoh kes penangkapan peguam Kamal Hisham oleh pihak polis Singapura dan siasatan terhadap Yazid Shufaat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Sehubungan itu, beliau berkata, selain daripada melakukan penangkapan terhadap Khairuddin, pihak polis seharusnya melakukan siasatan terhadap dakwaan Timbalan Ketua Cawangan Khas Datuk Hamid Bador terlebih dahulu.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment