Propellerads

Jerebu: UiTM Di Selangor Dan UTM Tangguh Kuliah Untuk Esok

Jerebu: UiTM Di Selangor Tangguh Kuliah Untuk Esok



UiTM

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menangguhkan jadual kuliah di semua cawangannya di Selangor esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat hari ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Belia berkata penangguhan kuliah pada hari-hari berikutnya pula akan diumumkan sehari sebelum tarikh penangguhan berdasarkan pemantauan IPU dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, katanya penangguhan itu hanya melibatkan jadual kuliah penuntut sahaja dan warga kerja UiTM dikehendaki hadir bertugas seperti biasa.

Ini komennya:

"Bagi kampus-kampus di negeri lain pula, makluman mengenai penangguhan kuliah adalah berdasarkan bacaan IPU, namun ia tertakluk kepada keputusan Rektor Kampus masing-masing," 

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar hari ini, setakat 2 petang tadi, tiga kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat berbanding lima pada 11 pagi tadi.

Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 239 diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (228), dan Pelabuhan Klang (215).

UTM

Univesiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) juga menangguhkan semua kuliahnya di kampus bandar raya ini esok berikutan jerebu.

Ini ekoran bacaa IPU di KL juga mencatatkan bacaan tidak sihat.

Kuliah-kuliah berkenaan akan disambung semula pada Selasa. Sementara itu,semua kakitangan dan penuntut UTMKL juga diminta mengikuti maklumat semasa berhubung jerebu yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment