Propellerads

Ini Komen Dollah Salleh Setelah Malaysia Dibelasah

Ini Komen Dollah Salleh Setelah Malaysia Dibelasah


Harimau Malaya dibelasah oleh pasukan UAE terus diperkatakan orang ramai terutama peminat bola sepak tegar Malaysia.

Kata-kata seperti "jangan sorak ketika menang kalau tak sokong ketika tewas" ternyata tidak boleh digunakan lagi kerana persembahan Malaysia semakin teruk dengan kekalahan 10-0 ini menjadi rekod baru pasukan Malaysia.

Paling menjadi tumpuan adalah jurulatih Malaysia iaitu Dollah Salleh. Ternyata pretasi Malaysia di bawah kendalian Dollah amat buruk sekali dengan seri tanpa jaringan dengan Bangladesh sebelum ditewaskan UAE.

Ini komen Dollah:

"Saya tak tahu apa terjadi malam ini terutama bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan kepada pasukan kami.

"UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik terutama Omar Abdulrahman (pemain No 10), seorang pemain cukup hebat dan dia ternyata 'membunuh' setiap pemain kami.

"Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri. Tapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah.

"Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. 

"Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE.

"(Ditanya adakah dirinya akan meletak jawatan) Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini," 

Sumber: mStar
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment