Ini Komen Tun Mahathir Kepada Anina
Anina Saadudin wanita yang dipecat oleh UMNO setelah menyaman PM Najib, diminta oleh Tun Mahathr untuk terus bercakap benar meskipun tidak disukai oleh sesetengah pihak.
Ini komen Tun M:
“Saya harap saudari akan terus bercakap benar walaupun ia menjadikan saudari tidak disukai oleh sesetengah pihak. Jangan sesekali berputus asa. Negara kita memerlukan rakyat seperti saudari.
“Tetapi kebenaran haruslah dinyatakan atau yang tidak benar (penipuan) akan menjadi pegangan,”
Kata-kata itu disampaikan Mahathir melalui sepucuk surat yang diutus buat Anina ekoran pemecatan Anina sebagai ahli parti Umno awal bulan ini.
Tun Mahathir berkata lagi, beliau berasa sedih dengan pemecatan Anina namun bekas perdana menteri itu bangga wanita itu berani bercakap benar dan tidak merasa takut dituduh pengkhianat.
“Saya bangga atas tindakan berani saudari. Tidak ramai orang yang berani untuk bercakap benar berkaitan pemimpin tertinggi kita kerana takut dituduh sebagai pengkhianat.
“Saya merasa sedih atas pemecatan saudari sebagai ahli Umno oleh setiausaha Agung Umno,"
sumber: MalaysiaKini
Blogger Comment
Facebook Comment