"Bersih Tak Wakili Walau 1% Rakyat Malaysia"- Menteri Azalina
Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung hujung minggu lalu tidak mewakili walau satu peratus suara majoriti rakyat Malaysia.
Bagi Azalina, jumlah peserta Bersih4.0 amat edikit jika dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia seramai 30 juta orang.
Ini komennya:
“Kehadiran perhimpunan BERSIH tidak sampai satu peratus pun dari masyarakat dan ia benar-benar tidak menunjukkan apa itu Malaysia,”
Azalina juga sempat menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng supaya perhimpunan tersebut dijadikan acara tahunan di Pulau Pinang.
“Tolonglah buat di Pulau Pinang, saya lagi gembira dan mungkin boleh jadi sebahagian dari acara tahunan melawat Pulau Pinang,”
Sumber: MalaysiaKini
Blogger Comment
Facebook Comment