Propellerads

Mesej Terbaru TMJ Kepada Setiausaha FAM Dan FAM

Mesej Terbaru TMJ Kepada FAM


Setelah pasukan Malaysia dibelasah 10 gol berbalas kosong dengan UAE, TMJ dengan lantang menyuarakan pendapatnya.

Terkini TMJ memberi mesej yang amat berguna kepada FAM. Bagi TMJ yang salah adalah FAM, bukan para pemain.

Ini status dan mesej dari TMJ kepada FAM

MESEJ DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA SETIAUSAHA FAM DAN FAM

Tolong sampaikan kepada Presiden FAM bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan membantu mendapatkan bajet untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkelayakan untuk membimbing pasukan kebangsaan. Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong.

Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bolasepak tanah air semakin hancur. Cuma saya menggesa syaratnya adalah untuk memberikan semua pasukan yang bertanding dalam negara hak penyiaran yang sepatutnya mereka terima iaitu sebanyak 70% hingga 80%. Setakat untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar dan menguruskan liga tempatan, FAM tidak perlu lebih daripada 20% hingga 25% bahagian daripada hak penyiaran.

Pembangunan akar umbi boleh dipertanggungjawabkan kepada persatuan-persatuan bolasepak negeri dan kelab-kelab. FAM juga harus menggesa setiap persatuan bolasepak negeri dan kelab untuk menjadikan program pembangunan akar umbi dan penambahbaikan kemudahan latihan sebagai satu aspek yang wajib dijalankan. Dengan hasil daripada hak penyiaran dan juga penajaan, ianya mampu dilaksanakan. Khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting. Sebagai contoh, mengapa terdapat perbezaan apabila pemain JDT bermain untuk negara berbanding kelab? Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50% adalah kejurulatihan dan 50% adalah pemain.

Dari segi mentaliti pemain, satu-satunya perkara yang boleh memupuk sikap profesionalism adalah Akademi. Di sini dilihat kepentingan pendidikan. Para pemain yang sedia ada kini tidak boleh diselamatkan. Bukanlah salah mereka, tetapi salah FAM dan semua pasukan termasuk Johor, yang telah gagal dengan program pembangunan akar umbi kita sejak dahulu lagi. Kita perlukan kepakaran luar, dan kita para pendukung bolasepak tanah air perlu mengubah sikap diri sendiri terlebih dahulu sebelum boleh mengubah sikap pemain bolasepak negara.

Oleh itu, mana-mana ahli jawatankuasa dalam FAM yang telah lama tetapi tidak berfungsi, lebih baik bercuti panjang sahajalah. Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya untuk membunuh bola sepak tanah air.

Bagi mereka yang mengatakan saya telah pun mencapai misi saya apabila kita tewas 10-0, ianya masih jauh lagi kerana saya hanya akan berhenti apabila kita kehilangan 50-0.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Status ini dimuatnaik di laman JOHOR Southern Tigers .
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment