Propellerads

'Kalau Bermaruah, Mukhriz Perlu Undur Diri' - Adun Kedah

'Kalau Bermaruah, Mukhriz Perlu Undur Diri' - Adun Kedah


Dalam satu siaran dari SuaraTv, Datuk Seri Mukhriz dituduh Menteri Besar Kedah yang gagal kerana tidak dapat melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat.

Mukhriz yang juga anak kepada Tun Mahathir, disarankan untuk mengundur diri secara terhormat sekiranya beliau mempunyai maruah.

Perkara itu dinyatakan dengan lantang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Ini komennya:

"Tidak ada apa-apa pembangunan yang dilakukan di Kedah. Semuanya tidak dapat dilaksanakan. Kedah jumud dari segi pembangunannya."

"Saya difahamkan peruntukan bagi kerajaan negeri tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Saya difahamkan kontraktor-kontraktor yang membuat kerja- kerja di Kedah, sedang ditangguhkan pembayaran mereka. Di samping itu hubungannya dengan rakyat jelata sendiri tidak berlaku dengan baik."

"Cuma yang ada hanyalah `selfie- selfie’ yang dilakukannya apabila mereka turun bersama masyarakat,"

"Disamping itu juga hubungan beliau dengan pagawai tadbir negeri mempunyai masalah yang besar. Kalau tiada langkah di ambil Barisan Nasional akan menempuhi satu lagi PRU yan gagal"

"Kalau bermaruah saya rasa Dato Seri harus mengundurkan diri secara terhormat kalau beliau tidak mengundurkan diri saya rasa perdana Menteri harus mengambil tindakan menukarkan beliau"


sumber: SuaraTV
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment