Propellerads

Umno Pecat Anina, Wanita Yang Menyaman PM Najib

Umno Pecat Anina, Wanita Yang Menyaman PM Najib


Umno melucutkan keahlian dan memecat Anina Saaduddin, seorang ahli Umno yang sebelum ini bertindak memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk pengetahuan, Anina adalah ahli Pergerakan Wanita Umno cawangan Padang Matsirat, Langkawi di Kedah.

Satu surat telah diberikan kepada Anina untuk memberitahu pemecatannya sebagai ahli Umno yang berkuatkuasa serta merta.

Dalam surat itu, Tengku Adnan memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO memutuskan keahlian Anina sebagai ahli telah gugur dengan sendirinya berkuatkuasa serta merta di bawah Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO kerana tindakannya membawa parti ke mahkamah.

Jumaat lalu, Anina, 40, memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi berhubung dana RM2.6 bilion yang didakwa didermakan oleh pemimpin negara Arab.

Anina berkata dia mewakili ahli UMNO memfailkan saman itu kerana mendakwa Najib telah menipu ahli parti.

Sumber: mStar

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment