Propellerads

Khir Toyo Tawar Rawatan Gigi Percuma Ganti Hukuman Penjara

Khir Toyo Tawar Rawatan Gigi Percuma Ganti Hukuman Penjara


Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Dr Mohamad Khir Toyo sedia menawarkan khidmat komuniti dalam bentuk menyediakan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin selama dua tahun.

Rawatan gigi percuma itu akan diberikan oleh bekas menteri besar Selangor selama tiga hari seminggu.

Tawaran itu dibuat oleh Mohamad Khir untuk menggantikan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Ini komen peguam :

"Anak guam saya bersedia untuk memberikan suatu aku janji bertulis yang menawarkan perkhidmatan pergigian percuma untuk golongan miskin, tiga hari seminggu selama dua tahun,"

Ini antara poin-poin dari peguam, Shafee:

-anak guamnya, Khir berumur 50 tahun, dan mempunyai enam anak berusia enam hingga 24 tahun.

-beliau telah melihat Khir memberi tuisyen kepada anak-anaknya, dan juga mengajar mereka membaca Al-Quran sehingga khatam.

-Khir Toyo juga mengalami masalah jantung dan sewaktu di Institut Jantung Negara bulan lalu, beliau mengalami serangan sekali lagi

-harta itu tidak patut dilucut hak kerana ia dimiliki bersama oleh isterinya dan masih ada baki RM2.3 juta termasuk yang terhutang kepada bank.

Ini kali pertama khidmat komuniti ditawarkan menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan rasuah. Ini komen dari Khir Toyo:

"Saya masih memiliki lesen amalan dan masih merawat rakan-rakan dan anggota keluarga," 

Khir yang juga menjelaskan kepada mahkamah bahawa Selangor telah berkembang bawah kepimpinan beliau dalam tempoh lapan tahun menjadi MB.

Mahkamah akan memberi penghakiman terhadap bekas MB Selangor itu pada Selasa jam 2.30 petang.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment