Propellerads

Khairuddin Nasihat Ketua Polis Khalid Supaya Takut Kepada Allah Bukan Pada Manusia

Khairuddin Nasihat Ketua Polis Khalid Supaya Takut Kepada Allah Bukan Pada Manusia


Khairuddin mendesak dan menasihatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid supaya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan secara telus dalam menyiasat isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, tindakan polis menangkapnya dengan alasan ‘tidak memberikan ruang untuk pihak polis menjalankan tugas menyiasat isu 1MDB’ jelas hanyalah wayang.

Ini kenyataan Khairuddin yang juga suami kepada pelakon Umie Aida:

“Jelas di kaca mata rakyat ini merupakan permainan wayang kulit yang dimainkan untuk menutup bangkai gajah yang berbau busuk,” 

“Terbaru Khalid menyatakan penangkapannya adalah disebabkan saya tidak memberi ruang kepada PDRM menyiasat lebih lanjut dengan membuat laporan polis di luar negara dan perbuatan ini dianggap hendak “mensabotaj” negara,” 

“Janganlah kita menzalimi kerana takut dizalimi. Takutlah hanya pada Yang Maha Esa dan bukan pada manusia.

“Mudah mudahan Allah S.W.T melemparkan hidayah ke dalam sanubari Tan Sri Khalid Abu Bakar agar jujur dan amanah dalam menjalankan tugas,”

Khairuddin menjelaskan bahawa laporan awal mengenai syarikat 1MDB itu telah dibuat di dalam negara, namun Ketua Polis Negara Khalid menyatakan sebaliknya iaitu tiada sebarang laporan dibuat terhadap 1MDB.

Kerana itu, Khairuddin menasihatkan beliau agar takut kepada Allah Yang Maha Esa bukannya takut kepada kuasa manusia di sekelilingnya.

Khairudiddin ditahan reman selama enam hari bermula Sabtu lalu dan disiasat mengikut Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan kerana didakwa cuba menggulingkan kerajaan.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment