Propellerads

Rakam Dulu, Baru Bantu

Rakam Dulu, Baru Bantu


Lelaki Terjatuh Tiada Yang Membantu

Beberapa pengguna jalan raya di bandar ini dilihat merakam gambar seorang lelaki warga emas yang pengsan di jalan raya sebelum membantu mangsa.

Menurut saksi kejadian, lelaki  itu dilihat terjatuh dan pengsan secara tiba-tiba ketika cuba melintas jalan raya.

Lelaki itu terbaring di tepi jalan dengan jelas kelihatan darah mula mengalir dari kepalanya, tetapi tiada siapa berani membantunya.

Selang beberapa minit, beberapa orang mula mengerumuni lelaki itu dan mengambil gambar dengan telefon bimbit mereka.

“Selepas gambar diambil barulah beberapa penduduk datang membantu lelaki itu dan menghubungi ambulans." - kata saksi itu.

Punca Rakam Dulu

Dikatakan mereka yang ingin membantu itu terpaksa merakam dulu sebelum membantu mangsa kerana khuatir menjadi mangsa saman dan ugutan.

Sebelum ini ada kes yang mana seorang penunggang basikal yang terjatuh menyaman seorang yang cuba membantunya walhal dia hanya cuba membantu.

Ekoran kes itu, kini, ramai yang takut untuk membantu kerana khuatir kejadian seperti itu berulang.


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment