Propellerads

Kuasa Rakyat Hanya Ketika Pilihanraya - PM Najib

Kuasa Rakyat Hanya Ketika Pilihanraya - PM Najib


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata kuasa rakyat untuk memilih kerajaan hanya boleh digunakan sewaktu pilihan raya.

PM Najib berkata ketika itu (pilihanraya), rakyat berhak menghukum dan mengadili pemimpin yang mereka sukai atau benci.

PM Najib berkata seperti itu ketika berucap merasmikan Festival Rakyat Pasir Salak di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah.

Tambah Najib, berkata kerajaan bukanlah tidak mahu diadili rakyat kerana kerajaan menyedari rakyat yang menentukan segala-galanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perlembagaan menyatakan bahawa kuasa rakyat untuk berbuat demikian hanya sekali dalam lima tahun.

Beliau berkata pada ketika pilihan raya barulah diketahui sama ada rakyat bersama kerajaan atau tidak.

Tegas PM Najib rakyat tidak sepatutnya membiarkan kerajaan dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan dengan mengetepikan proses demokrasi.

Ini komennya:

"Waktu pilihan rayalah waktu kita serah kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Hukumilah kita, adililah kita sebagai kerajaan pada hari ini sama ada baik atau tidak, rakyat boleh tentukan.

"Di antara pilihan raya, kita tak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kita," 

"Rakyat dapat kuasa bukan disebabkan memakai baju yang satu warna, apatah lagi dengan sikap angkuh, biadap dan keterlaluan menghina pemimpin-pemimpin parti politik dan kerajaan itu dianggap sebagai cerminan isi hati rakyat.

"Kita bukan jenis manusia seperti itu, kita membangunkan negara dengan kesantunan akhlak dan nilai walaupun kita berbeza pendapat, tetapi kita tidak mengaibkan mana-mana orang.

"Saya dan rakan-rakan sanggup diadili, waktu pilihan raya, sekiranya tidak suka saya boleh bertanding di Pekan (Pahang) umpamanya, saya terima siapa nak bertanding di Pekan,".

"Kita negara yang aman dan mengamalkan demokrasi, bukan mengamalkan undang-undang rimba dan boleh berbuat sesuka hati sehingga menyebabkan kerajaan boleh tumbang," 

sumber: AstroAwani


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment