Propellerads

PM Najib Razak Mahu Penerbit Buat Filem Bertaraf Antarabangsa

PM Najib Razak Mahu Penggiat Filem Buat Filem Bertaraf Antarabangsa


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap penerbit filem Malaysia dapat keluar daripada zon selesa dan membuat filem bertaraf antarabangsa.

Menurut Najib, beberapa formula dan corak yang sama selalunya digunakan oleh penerbit bagi menarik orang ramai bagi memastikan ia diterima oleh pasaran tempatan apabila ditayangkan.

Ini petikan ucapannya:

“Mutu filem yang dihasilkan akan kekal pada tahap yang sama dan akhirnya, industri filem Malaysia akan ketinggalan,” 

“Walau apa pun genre filem yang dihasilkan, jika cerita yang dikisahkan itu menarik dari segi penulisannya, mudah difahami oleh penonton dan disampaikan dengan cara yang segar serta lakonan berkesan oleh para pelakon, filem itu mampu berjaya,”

Teks ucapan PM Najib dibacakan oleh Menteri Azalina Othman Said pada perasmian Ekspo Filem Malaysia 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

PM Najib juga menggesa penggiat-penggiat filem tempatan untuk tampil berani menerokai kaedah baharu penyampaian cerita melalui filem.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment