Propellerads

Najib Mungkin Ditangkap Diluar Negara - Tun Mahathir

Najib Mungkin Ditangkap Diluar Negara - Tun Mahathir


Melalui satu laporan dari MalaysiaKini, Tun M ada menceritakan kemungkinan Najib Razak boleh ditangkap diluar negara.

Berdepan beberapa siasatan penggubahan wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, perdana menteri berpontensi untuk ditangkap di luar negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan pada Jumaat, berdasarkan kepada video klip yang dimuat naik penulis blog Din Turtle, yang menjalankan beberapa temubual kritikal Dr Mahahtir terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahahtir berkata Najib mungkin dapat mengelak siasatan terhadap skandal 1MDB yang sedang disiasat, tetapi tidak di luar negara.

Ini komen Tun M:

"Undang-undang dunia berbeza daripada dulu. Kalau jenayah buat di sini, undang-undang sini berkuatkuasa.

"Tapi jika (jenayah) kaitan dengan luar negeri, negara lain ada kuasa (untuk mengambil tindakan)," .

"Sekarang ini, di Switzerland, Britian, Amerika Syarikat... (sudah ada siasatan penggubahan wang). Mereka berhak untuk saman untuk suruh Interpol tangkap (jika ada alasan kukuh).

"Kalau (dia) keluar daripada negara, mungkin akan berlaku tangkapan," 

"Itu mungkin. Saya cerita, bukan akan berlaku," 

Bagaimanapun Dr Mahathir cukup berhati-hati dengan menyatakan ia hanya spekulasi.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment