Propellerads

PM Najib Datang Menghadap Sultan Johor Pagi Tadi

PM Najib Datang Menghadap Sultan Johor Pagi Tadi


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi telah menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.
 
Najib tiba di perkarangan Gerbang Mahkota kira-kira jam 11.30 pagi menaiki kenderaan rasminya bersama beberapa lagi kenderaan pengiring.

Ini komen PM Najib:

Saya baru menghadap DYMM Sultan Johor di Istana Bukit Serene.Turut hadir Tunku Mahkota Johor. Pertemuan selama 1 jam ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan Negeri dan Persekutuan.

PM Najib turut sempat memuat naik gambarnya bersama-sama Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
 
Najib juga merasmikan Bangunan Umno Muar petang ini.

Sumber: Bernama


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment