Propellerads

"Orang tua macam Tun M tak akan rosakkan harta benda atau baling bom" - Nazri

"Orang tua macam Tun M tak akan rosakkan harta benda atau baling bom" - Nazri


Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan BERSIH 4 tidak memberi sebarang ancaman kepada negara.

Nazri juga memberitahu Tun Mahathir kini sudah berubah sikap kerana dahulu bekas perdana menteri ini menolak demonstrasi, kini dia sertai pula.

Nazri berkata secara menyindir beliau percaya bahawa "orang tua" seperti bekas perdana menteri itu tidak akan mencetuskan masalah dalam perhimpunan seperti itu.

Ini komennya:

"Diapun sudah berubah sikap. Dulu (Mahathir) kata demonstrasi bukan budaya kita, tapi bila sudah tua, 90 tahun baru sedar ini merupakan budaya baru dan dia pun hendak sertai sekali.

"OK lah macam itu. Saya tidak fikir orang tua macam itu akan rosakkan harta benda atau baling bom.

"Makin ramai orang tua macam itu lagi bagus,"

Menteri Pelancongan itu berkata demikian dalam sidang media sempena Festival Kraft Antarabangsa Kuala Lumpur 2015.

Sumber: MalaysiaKini
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment