Propellerads

'Kami lapor polis jika tidak minta maaf'‎ - Pemuda Pas

"Akan Lapor Polis Jika Tidak Minta Maaf "‎ - Pemuda Pas


Pemuda Pas yang diketuai oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz telah menggesa penganjur Bersih 4.0 segera tampil memohon maaf kerana terdapat peserta bertindak kurang ajar memijak gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Pemuda Pas itu memberitahu, jika  tiada pihak dari Bersih 4.0 tampil meminta maaf atas provokasi itu, laporan polis akan dibuat di seluruh negara agar insiden‎ ‎itu disiasat.

Ini komennya:

‎"Jika tiada permohonan maaf, dikhuatiri penganjur dilihat merestui dan bersetuju dengan perbuatan tersebut.

Dalam masa yang sama ahli-ahli Pemuda Pas dinasihati agar tidak bertindak balas di atas provokasi ini dan menyerahkan selanjutnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan perkara tersebut masih di dalam siasatan. ‎

Ketika di perhimpunan Bersih4,0, gambar yang menunjukkan seorang peserta Bersih 4.0 memijak gambar Abdul Hadi 'berpelukan' dengan Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan itu menjadi viral.‎

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment