Propellerads

Inilah Ucapan PM Najib Tentang Peserta Bersih 4.0

Inilah Ucapan PM Najib Tentang Peserta Bersih 4.0


Satu video telah dimuatnaik oleh TheStarTV.com menunjukkan satu ucapan Perdana Menteri Najib yang menjadi viral kerana kelantangannya kepada peserta Bersih4.0.

Video tersebut menunjukkan PM Najib bertanya adakah mereka yang sertai Bersih mampu membangunkan Felda.

Ini antara ucapannya:

"Tuan-tuan ingat puak-puak yang terlibat dalam Bersih 4 semalam tu, nak buat Felda tak? Cuba tengok muka sekor-sekor, sekor-sekor dalam suratkhabar, tv tu, ada hati perut nak bangunkan Felda? Ada hati perut nak bangunkan kawasan luar bandar? Siapa berbudi kepada masyarakat luar bandar melainkan kerajaan"

Ucapan PM najib ini ternyata membuat ramai yang marah terutama penyokong Tun Mahathir. Ini termasuk satu laman facebook penyokong Tun M.

Ini status page "Saya Sayang Tun Mahathir":

Speechless. Itu je mampu komen, selepas Najib Razak sebelum ni guna perkataan Bangang, Bangsat dan Haram Jadah kali ni guna perkataan SEKOR SEKOR merujuk kepada demonstrans BERSIH. Perkataan seumpama ini TIDAK WAJAR SAMA SEKALI keluar dari mulut seorang ketua negara. titik!

Ini video nya:



Najib panggil orang sekor sekor
Speechless. Itu je mampu komen, selepas Najib Razak sebelum ni guna perkataan Bangang, Bangsat dan Haram Jadah kali ni guna perkataan SEKOR SEKOR merujuk kepada demonstrans BERSIH. Perkataan seumpama ini TIDAK WAJAR SAMA SEKALI keluar dari mulut seprang ketua negara. titik!
Posted by Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad on Sunday, August 30, 2015
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment