Propellerads

"Demo Tak Matang, Cetek Minda" - PM Najib

"Demo Tak Matang, Cetek Minda" - PM Najib


Melalui laporan MalaysiaKini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak telah mengatakan demo seperti Bersih ini menunjukkan sikap tak matang dan cetek minda.



Sementara itu, PM Najib juga menekankan Mufti Kelantan telah memberitahu demo ini adalah haram di sisi agama.

Ini komennya:

"Seperti yang kita semua tahu, apa yang telah berlaku sejak dua hari lepas adalah sangat tidak sesuai. Ia menunjukkan mentaliti cetek.

"Kerana itulah kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan ia bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara demokrasi," 

Malah mufti Kelantan telah menyatakan bahawa demonstrasi jalanan dan BERSIH 4 adalah haram dari segi hukum Islam,"

Ucapan  Perdana Menteri itu dibuat sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang disiarkan secara langsung.

Sumber: MalaysiaKini
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment