Propellerads

"Pelajar Malaysia Jangan Percaya Portal Berita, Hanya Dakwaan Tanpa Bukti" - PM Najib

"Pelajar Malaysia Jangan Percaya Portal Berita, Hanya Dakwaan Tanpa Bukti" - PM Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan para pelajar Malaysia di Amerika Syarikat supaya tidak mempercayai tulisan dalam blog dan portal berita.

Ini kerana kebanyakannya hanya kahabar angin dan dakwaan tanpa bukti. PM Najib berkata demikian ketika dalam majlis yang dianjurkan Konsulat Malaysia di New York.

Portal Malaysiakini memperolehi rakaman ucapan Najib pada majlis itu.

Ini kenyataan PM Najib:

"Jangan percaya semua yang kamu baca dalam blog atau portal berita sebab cukup banyak khabar angin dan dakwaan tanpa bukti," 

Dalam usaha memuaskan pelajar bahawa negara dan kerajaan lakukan dengan baik, Najib berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Beliau memberi contoh kedudukan Malaysia ditangga ke-12 daripada 60 negara yang berdaya saing tahun 2014.

Sumber: Malaysiakini
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment