Propellerads

Perangai Anak Kurang Ajar Dan Derhaka Bikin Orang Ramai Marah

Anak Kurang Ajar Dan Derhaka 


Di negara China, seorang lelaki bernama Liu telah melayan emaknya sendiri dengan begitu buruk. Lelaki tersebut telah  meminta emaknya duduk di bahagian bonet belakang kereta.

Liu mengarahkan ibunya duduk di bonet belakang kereta supaya anaknya boleh berbaring di tempat duduk belakang dengan lebih selesa.

Apa yang lebih menjadi kemarahan orang ramai, kereta yang dipandu lelaki itu sebenarnya dibeli oleh ibunya.

Kisah kurang ajar ini terbongkar apabila kereta dipandu Liu ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya di bandar ini baru-baru ini.

Ketika pemeriksaan, anggota polis melihat isteri Liu duduk di bahagian penumpang hadapan dan anaknya berbaring di tempat duduk belakang.

Kemudian polis itu terkejut besar apabila mendapati seorang wanita tua yang berumur 60 tahun duduk di bahagian bonet belakang. Memang kurang ajar betullah.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment