Propellerads

13 Cawangan UMNO Tuntut PM Najib Berundur

13 Cawangan UMNO Tuntut PM Najib Berundur


13 cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman merupakan antara yang mengetuai kumpulan ini

Katanya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Ini komen Kamarul:

"Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.

"Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," 

"Masanya telah tiba untuk Umno menerima perubahan. Perubahan kali ini perlu bermula dengan presiden parti yang kita kasihi.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"Namun jika perpisahan ini adalah yang terbaik untuk Umno dan generasi bangsa Melayu, kita perlu menerima hakikat ini," 

Tiga belas cawangan Umno yang membuat desakan itu ialah Umno cawangan Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Datuk Abdul Samad, Taman Suwa Betung, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pacitan, Bunga Raya dan Taman Politeknik.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment