Propellerads

Hati Saya Hanya Untuk Nedim - Kata Nora Danish Walaupun Akui Ada Lelaki Cuba Menguratnya

Hati Saya Hanya Untuk Nedim - Nora Danish 


Nampaknya hubungan Nora Danish dan juga Nedim Nazri semakin kembali pulih dan yang terbaru Nora Danish akui hatinya hanya untuk Nedim.

Selain itu, masalah yang melanda sehingga menjadi punca perpisahan mereka berdua juga sudah hampir selesai. Ini diakui sendiri oleh pelakon cantik ini.

Ini komennya: (Rotikaya)

“Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan. Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali.

“Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia.

“Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai,”

Semoga kembali bersama dan bernikah je la senang.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment