Propellerads

"Ahli Politik Kenalah Dengar Nasihat Para Ulama" - Ustaz Kazim

"Ahli Politik Kenalah Dengar Nasihat Para Ulama" - Ustaz Kazim


Ustaz Kazim telah memberi sedikit pandangannya dan berpendapat ahli politik harus mendengar pandangan dari para ulamak.

Ustaz Kazim yang lebih mesra disapa (UKE) menganggap ada beberapa ahli politik merasakan mereka kebal sampai langsung tak boleh dinasihati.

Ini kenyataan penuh dari UKE:

Ulama, diantara tugasnya ialah menasihati. Berpandukan kepada AlQuran dan Hadis mereka akan sentiasa meletakkan kepentingan Agama dihadapannya.

Jika ulama dan pemimpin seiringan dibawah landasan agama maka cantiklah masyarakat dan negara. 

Ahli2 politik kadang2 menganggap diri mereka kebal, sampai tidak boleh dinasihati sedangkan mereka selalu bercakap dlm semua perkara sehingga bidang bukan kepakaran mereka pun mereka nak cakap, nak campur jgk misalannya soal agama. 

Apatah lg agama yg mereka campurtangan n bercakap itu bukan agama mereka, yg mereka tiada langsung kemahiran dan pengetahuan ttg agama itu. 

Selalunya Islam lah agama yg dicampuri, dicelah sedangkan mereka ,Islam pun tidak. Maka akan datanglah ulama menasihati semua ,termasuklah pimpinan politik agar mengetahui batas masing2 dan jgn lah berpecah belah hanya kerana ideologi politik. 

Oleh itu nasihat Sahibus samahah Mufti Pahang adalah betul dan wajar. Tuan Mufti, x payahlah minta maaf atas isi khutbah itu, saya sokong tuan n saya sokong kandungannya. 

Nun diluar sana ramai yg mempertahankan institusi agama dan nun disana ramai yg dah jemu dan jelak habis dgn ahli politik yg kerjanya hanya berpolitik tanpa buat kerja2 yg boleh menghebatkan bangsa, agama dan negara. Ahli2 politik.. Kadang2 kena lah dengar jgk nasihat para ulama.. 

Wassalam.. DUKE.


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment