Propellerads

Lelaki Maut Ketika Selfie Ekstrim

Lelaki Maut Ketika Selfie Ekstrim


Seorang lelaki di Rusia telah maut ketika dalam cubaannya mengambil foto selfie ekstrim dari tingkat 9 sebuah bangunan.

Laporan mengatakan lelaki bernama Audrey telah terjatuh ketika cuba mengambil selfie yang merbahayakan.

Apabila terjatuh, beliau telah dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan. Audrey diisytiharkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Audrey sememangnya minat dalam mengambil gambar selfie secara ekstrem yang berbahaya ini.

Menurut rakannya, beliau berulang kali melarang Audrey dari melakukan perbuatan bahaya tersebut namun tidak diendahkan.

Sebaliknya, Audrey didakwa semakin berani dan ketagih mengambil foto selfie di lokasi-lokasi ekstrim.

Audrey juga memuatnaik foto-foto tersebut ke laman instagram menggunakan akaun instagramnya.

Pihak berkuasa Rusia masih menyiasat kejadian tersebut.

Sumber: SinarHarian
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment