Propellerads

Bukan Takut Tapi Tak Jumpa Jalan Pulang

Bukan Takut Tapi Tak Jumpa Jalan Pulang


Pakcik kepada salah seorang kanak-kanak yang hilang telah memberitahu bahwa kanak-kanak ini tak takut untuk balik tetapi tak jumpa jalan pulang.

Suren Seman, 29 tahun yang merupakan pak cik kepada Missidiar Aluj berkata, hal ini diceritakan sendiri oleh anak saudaranya sebaik sahaja pulih dari trauma.

Ini komennya:

“Dia (Missudiar) ada cakap dia tidak takut kena marah sebab mandi di sungai tetapi tidak jumpa laluan untuk kembali ke jalan besar untuk pulang ke asrama malah, dia turut mendengar bunyi helikopter (ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan).

“Mereka juga tidak berganjak ke mana-mana sebaliknya hanya duduk di bawah akar pokok di tepi Sungai Perias. Memang agak pelik juga sebab ia merupakan kawasan utama pencarian malah kami juga tidak dengar suara mereka,”.

Sementara itu ini pula perkembangan terkini kanak-kanak yang selamat itu.

“Dia dah boleh jalan dan makan dengan baik, dia lebih ceria sebab dapat banyak hadiah daripada pelawat, dia ada cakap mahu pulang ke kampung,”

2 dari 7 orang kanak-kanak yang hilang berjaya ditemui selamat minggu lepas selepas hilang 48 hari di dalam hutan.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment