Propellerads

Firdaus Dullah Meninggal Dunia Diserang Sawan

Firdaus Dullah Meninggal Dunia Diserang Sawan


NEGERI SEMBILAN: Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, 21 Jun tahun lepas, disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar  hari ini.

Kenyataan Pengarah Hospital

Pengarah hospital, Dr. Ariffin Mohamad berkata, remaja berusia 16 tahun itu meninggal dunia pada pukul 1.15 petang dipercayai akibat diserang sawan ketika makan tengah hari di Rumah Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah dekat sini.

Ini komennya:

"Ambulans tiba pada pukul 12.35 tengah hari dan resuscitation (pernafasan mulut ke mulut) dimulakan dalam perjalanan ke HTJ.

"Punca sebenar kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan esok,"

Ibu Serah kepada Pihak Kebajikan Urusan Jenazah

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi menyerahkan kepada pihaknya untuk menguruskan pengebumian anaknya.

"Kami akan menguruskan jenazah dan pengebumiannya selepas bedah siasat dilakukan dan tempat pengebumian masih dalam perbincangan lagi," katanya.

Beliau berkata, ketika rondaan dilakukan oleh pengetua Rumah Sinar Harapan, Muhammad Firdaus dalam keadaan sihat.

"Ketika sedang makan tengah hari bersama-sama rakan-rakanya, arwah diserang sawan dan pihak kami terus memanggil ambulans.

"Mengikut rekod, Muhammad Firdaus dimasukkan ke Rumah Sinar Harapan pada 21 Ogos tahun lepas dan berat terkini arwah ialah 27 kilogram," katanya.

Kerajaan Negeri Tanggung Kos Urusan Pengebumian

Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Norhayati Omar berkata, kos pengurusan pengebumian Muhammad Firdaus akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Saya telah maklumkan perkara ini kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga arwah dan terima kasih kepada pihak Rumah Sinar Harapan yang menjaganya dengan baik selama ini dan kita sememangnya terasa kehilangan adik istimewa ini," katanya.

Source: Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment