Propellerads

"Ini Masa Untuk Kita Bersatu, Bukan Berbalah" - PM Najib

"Ini Masa Untuk Kita Bersatu, Bukan Berbalah" - PM Najib


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan konflik dan perselisihan faham.

Ini kenyataannya:

"Saya menggesa semua pihak di Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan berbau politik yang boleh menimbulkan sengketa dan salah faham.

"Ini masa untuk kita bersatu pastikan negara kita terus maju, bukan berbalah dan tuduh-menuduh," 


Namun tiada penjelasan lanjut mengapa PM Najib memberikan nasihat berkenaan.

Kenyataan beliau sehari selepas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang memberi amaran kepada orang Cina supaya tidak mengadu mengenai kerajaan kepada pihak luar.

Beliau berkata, orang yang melakukan perkara seperti itu sepatutnya dilempang.

Tajuddin kemudiannya berkata, beliau "hanya mengingatkan" orang Cina yang berharap untuk mendapat bantuan dengan mengadu kepada pihak luar.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment