Propellerads

Larangan Guna Pembesar Suara: Nik Abduh Setuju Dengan Mufti DrMAZA

Larangan Guna Pembesar Suara: Nik Abduh Setuju Dengan Mufti DrMAZA 


Banyak pendapat bercampu aduk tentang isu tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang hanya membenarkan penggunaan pembesar suara untuk azan dan iqamah sahaja.

Larangan ini telah dinyatakan oleh DrMAZA (Mufti perlis) dan kini disokong Pemuda Pas berdasarkan sunnah Rasullullah.

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, berdasarkan ajaran Islam, adalah tidak wajar mengganggu orang bukan Islam.

Menurutnya, Pas telah membuat pendirian itu sejak dahulu lagi.

Ini komen Nik Abduh:

"Betul lah. Islam tidak mengganggu masyarakat lain," 

"Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan pendirian itu dan ianya tidak akan berubah,"

"Dari sudut siasah syariah, tindakan melarang masjid daripada membuat perkara yang mengganggu orang lain adalah betul," 

Beliau berkata, perkara ini timbul apabila masyarakat bukan Islam menjadi majoriti negeri itu.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment