Propellerads

Kerajaan Kaji Haramkan Vape - Menteri Kesihatan

Kerajaan Kaji Haramkan Vape


Dewan Rakyat terus hangat dengan isu penggunaan rokok elektronik (vape) apabila terkini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata ia akan diharamkan.

Ahli Parlimen Segamat itu mahu penggunaan rokok elektronik atau vape yang kini menjadi fenomena diharamkan serta merta.

Katanya, kerajaan sedang berbincang dan mengambil langkah dari segi perundangan untuk mengharamkan vape yang menjadi kaedah alternatif untuk perokok tegar berhenti merokok itu.

Ini komen Menteri Kesihatan:

“Pelan jangka masa panjang adalah untuk mengharamkan ‘vape’, kita sedang mengerakkan usaha dari segi undang-undang, bagaimana untuk melaksanakannya.

“Kita sedang kaji beberapa langkah bersama kerajaan dan kementerian, kita akan pilih langkah yang paling sesuai," 

“Kalau ikut saya, ia perlu dilaksanakan secepat mungkin. Sebab saya rasa kita perlu hentikan ini sebelum ia menjadi isu besar,”

Dr Subramaniam berkata,  kementeriannya masih berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan untuk mendapatkan pandangan mengenai kesan kaedah  merokok ini terhadap kesihatan.

Terdahulu, timbalannya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dalam Dewan Rakyat memaklumkan bahawa 'vape' gagal menghentikan perokok tegar daripada menghentikan tabiat buruk mereka itu.

Jelasnya, kebanyakan mereka yang berhasrat berhenti merokok pada mulanya berjaya meninggalkan tabiat itu dengan menggunakan vape tetapi berakhir dengan menghisap kedua-duanya, rokok dan vape.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment