Propellerads

Kes Bunuh Kanak-Kanak, Bukan Di Johor Bahru

Kes Bunuh Kanak-Kanak, Bukan Di Johor Bahru


Baru-baru ini dilaman sosial telah tersebar secara meluas tentang kes pembunuhan kanak-kanak yang mengerikan.

Dengan pakaian kanak-kanak itu seperti berbaju uniform sekolah rendah, kes ini menjadi viral di laman sosial dan juga aplikasi whatsapp.

Namun hari ini pihak polis menafikan kes ini berlaku di dalam Malaysia.

Ini kenyataan sebenar:

PENEMUAN MAYAT, ORANG RAMAI DIMINTA BERHENTI SEBAR BERITA PALSU

Polis menolak dakwaan berhubung kes bunuh dan penemuan satu mayat kanak-kanak yang didakwa berlaku di hadapan Pasar Raya Mydin di Taman Daya, Johor Bahru, seperti yang didakwa viral di laman Facebook sejak kelmarin.

Tiada laporan polis berkaitan kes bunuh atau penemuan mayat di Taman Daya dan Pasar Raya Mydin itu.

Dalam perkembangan lain, polis meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita palsu mengenai penemuan seorang kanak-kanak lelaki yang kononnya dibunuh sebelum mayatnya dicampak di bawah jambatan Uptown 2, Seremban 2, kelmarin.

Tiada kes seperti yang diperkatakan di laman sosial, sebaliknya gambar dimuat naik diperoleh dari luar negara.

Sumber : Harian Metro

Baca laporan penuh (KLIK GAMBAR DI BAWAH)


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment