Propellerads

Lakonan Suspek Bunuh Kekasih Pelajar Tingkatan 5 Tak Menjadi

Lakonan Suspek Bunuh Kekasih Pelajar Tingkatan 5 Tak Menjadi


Lakonan helah suspek yang menangis dan meratapi pemergian bekas teman wanita tidak menjadi apabila lakonan itu berjaya dikesan oleh ahli keluarga.

Ahli keluarga yang curiga kemudian berjaya membongkar suspek sebagai dalang yang menyebabkan kematian Intan Suraya Mawardi yang dibunuh kejam di kediamannya.

Seorang makcik kepada mangsa akui melihat suspek datang ke lokasi kejadian. Suspek kemudian dilihat menangis teresak-esak selepas mengetahui berita tentang mangsa.

Bagaimanapun, gerak geri lelaki itu yang mencurigakan menyebabkan ahli keluarga mengesyaki sesuatu sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.

Ini komen makcik mangsa itu:

"Suspek datang ke rumah mangsa dan menangis..Dia juga minta untuk masuk ke dalam bagi melihat mangsa namun saya tidak benarkan kerana bimbang akan mengganggu siasatan polis.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian beberapa jiran memaklumkan kepada saya yang lelaki berkenaan sebelum ini pernah dilihat mengganggu dan sering dilihat menunggu mangsa di luar rumah," 

"Sekarang ini perkara itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Kami berharap hukuman setimpal dikenakan terhadapnya," 

Menurutnya, lelaki itu juga mengaku melakukan perbuatan kejam terhadap mangsa dan menyerahkan beberapa barangan yang menjadi bahan bukti.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Masjid Ridwaniah Sungai Batu di sini apabila ratusan ahli keluarga dan rakan sekolah mangsa berkumpul bagi menghadiri pengkebumiannya.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment