Propellerads

Nazri Aziz Cabar Tun Mahathir Lawan Pilihan Raya Di Parlimen Padang Rengas

Nazri Aziz Cabar Tun Mahathir Lawan Pilihan Raya Di Parlimen Padang Rengas


Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bertanding di kerusi pilihan raya parlimen Padang Rengas jika takut berdepan dengan PM Najib Razak di Pekan.

Ini komen Menteri Pelancongan dan Kebudayaan  ini:

"Jangan cakap banyak. Awak (Dr Mahathir) tahu bagaimana cara untuk menjatuhkannya (Najib), lawannya di Pekan.

"Atau, jika jika tidak mahu, lawan saya di Padang Rengas," 

Itulah kata-kata dari Nazri sambil ketawa di lobi Parlimen, hari ini.

Tun Dr Mahathir secara terbuka menentang Najib dan mendakwa perdana menteri itu menerima rasuah serta memusnahkan negara ini selain mengkritiknya tentang 1MDB.

Bagaimanapun, PM Najib enggan berganjak, dan penganalisis politik percaya Najib Razak dalam kedudukan yang selesa dan sukar digugat oleh Tun Dr Mahathir.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment