Propellerads

Respon Balas Caliph Busker Apabila Nabil Diberi Warning Oleh Astro

Respon Balas Caliph Busker Apabila Nabil Diberi Warning Oleh Astro


Vokalis Caliph Buskers iaitu Azmi Saat meminta orang ramai agar tidak terlalu memandang serius gurauan dan lawak Nabil Ahmad yang mempersendakan kumpulannya pada episod pertama program Gegar Vaganza 2 yang bersiaran pada 18 Oktober lalu.

Azmi berkata sebenarnya Nabil memang seorang yang lucu serta menghiburkan dan dia mahupun anggotanya tidak pernah terasa dengan kata-kata pelawak itu.

Mereka juga menyukainya. Ini komen Azmi:

"Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan.

"Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar.

"Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami," 


Dalam rancangan Gegar Vaganza, ketika giliran Zul (Handy Black) membuat persembahan, Nabil telah bertanya mengenai lukisan di atas pentas dan dia telah menyamakan karya itu dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.

Kumpulan Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat (vokalis), Nirwan (pemain gitar), Zaki (pemain gitar/vokalis), Fendy (cajon/vokalis), Rubiana (shaker/vokalis).

Kemudiannya, setelah dihentam orang ramai, Nabil telah pun meminta maaf secara peribadi kepada kumpulan tersebut selain tidak berniat untuk mempermainkan kecacatan dialami mereka.

Tindakan Nabil itu membuatkan pihak Astro memanggilnya untuk memberi nasihat.

Sementara itu, Azmi berkata dia faham apabila masyarakat marah dengan tindakan Nabil itu, namun orang ramai juga perlu tahu bahawa golongan orang kurang upaya (OKU) juga manusia biasa yang suka bergurau senda.

"Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.

"Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih  kasar daripada Nabil lagi. Hahaha.."

Sumber:mStar
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment