Propellerads

Astro Beri Warning Kepada Nabil Ahmad

Astro Beri Warning Kepada Nabil Ahmad


Pihak pengurusan Astro telah memberi amaran kepada Nabil Ahmad setelah pelawak ini terlepas cakap menghina kumpulan OKU Caliph Buskers.

Pihak Astro telah membincangkan isu berhubung tindakan Nabil mempersendakan kumpulan tersebut ketika minggu pertama program Gegar Vaganza 2 yang bersiaran pada 18 Oktober lalu.

Raqim, Pengurus Saluran Astro Ria, berkata, pada pertemuan itu pihaknya menegur Nabil agar lebih sensitif dan berhati-hati ketika membuat lawak terutamanya menerusi program yang disiarkan secara langsung.

Nabil diarahkan supaya perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak.

Terdahulu Nabil Ahmad telah melahirkan kekesalan dan meminta maaf secara live di rancangan Meletop.

Dalam rancangan itu, semasa giliran Zul (Handy Black) membuat persembahan, Nabil telah bertanya mengenai lukisan di atas pentas dan dia telah menyamakan karya itu dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment